Hari Perpisahan Bersama Mentor AJ

Oleh: Azrina Kamaruddin, Novia Admodisastro & Siti Suhaila
13 January 2023



Program Innohub ialah satu makmal inovasi yang ada di UPM bertujuan menggalakan para pensyarah atau usahawan teknologi membangunkan produk teknologi berdaya maju serta kreatif dan inovatif. Para penyelidik UPM yang berjaya mendapatkan geran Innohub akan menerima kehadiran seorang penasihat atau mentor bagi membantu para penyelidik berkenaan dengan kaedah pengkomersilan produk mereka. Encik Andrian atau lebih mesra dengan panggilan AJ dipertanggungjawabkan sebagai penasihat atau mentor untuk memberi bimbingan dan nasihat kami selama 2 tahun. Memandangkan pada ketika itu, kita berdepan dengan cabaran Covid-19, segala pertemuan dan pembelajaran bersama AJ adalah melalui platform atas talian. Meskipun berhadapan dengan kekangan PKP, proses pembelajaran dan semua tugasan dapat diselesaikan dengan tunjuk ajar serta nasihat daripada AJ.


Ini merupakan satu pengalaman baru bagi semua ahli hive Digital Education yang sebelum ini tidak mempunyai ‘mind set’ mengkomersilkan hasil kajian tetapi dengan kehadiran AJ sebagai mentor, ia telah ‘memaksa’ semua ahli hive Digital Education bergerak ke arah yang sama. Banyak ilmu baru, daripada pengalaman AJ sendiri serta sudut pandang AJ sebagai mentor yang membuat ahli hive Digital Education juga dapat berfikir untuk memanfaatkan hasil kajian kepada pengkomersilan dari perspektif yang berbeza.


Pada 20 Disember 2022, pukul 12 tengah hari, pihak Lab Innohub mengadakan majlis perpisahan buat salah seorang mentor iaitu AJ Andrian. AJ tidak akan bersama lagi dengan Innohub, tetapi beliau tetap menasihati hive Digital Education dan akan cuba memberi maklumat yang dapat membantu pihak hive Digital Education untuk mendapatkan para pelabur.


Setiap nasihat AJ akan kami ingat dan kami berjanji akan merealisasikan produk teknologi ini satu hari nanti. Pihak hive Digital Education turut sama membawa “potluck” iaitu kek yang mempunyai tanda dagangan hive Digital Education dan roti “sandwich”.