Menerokai Platform Penstriman untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bersama Guru Prasekolah dan Sekolah Rendah Bagi Melancarkan Proses PdPR

Oleh: Novia Admodisastro dan Azrina Kamaruddin
27 Oktober 2021



YouTube bukan sahaja tempat untuk menonton video muzik, rancangan TV dan bahan menghiburkan, tetapi boleh dimanfaatkan sebagai platform bagi guru dan pelajar berkongsi dan mendapatkan bahan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan, mudah dan interaktif. Kandungan video juga boleh ditonton berulang kali oleh pelajar dan dimuat turun untuk tontonan di lain masa apabila akses Internet adalah terhad. Walau bagaimanapun, perkongsian kandungan pembelajaran juga perlu memastikan tetapan yang sesuai untuk melindungi privasi dan keselamatan data guru dan pelajar.


Bagi mengoptimumkan fungsi platform YouTube untuk tujuan pengajaran, hive Digital Education telah menganjurkan kursus pendek dengan beberapa guru prasekolah dan sekolah rendah pada 10 Oktober 2021 yang lepas. Guru-guru banyak menghasilkan media pembelajaran kreatif untuk menarik minat pelajar, dan kursus ini membantu mereka menggunakan platform tersebut dengan lebih kondusif dan selamat bagi perkongsian bahan pengajaran.


Di akhir sesi perkongsian guru turut merasa gembira dan meminta perkongsian secara “hands-on” seperti ini dapat diteruskan untuk perisian pembelajaran lain. Kami di hive Digital Education juga merasa gembira kerana usaha ini dilihat memberi manfaat kepada guru-guru menerokai teknologi pengajaran dan pembelajaran secara santai tetapi relevan. Kerjasama ini diharapkan agar berterusan dan bermanfaat bagi kedua-dua pihak.